Pages

Monday 30 May 2011

Anugerah PeKOMIK 2011




Senarai pemenang Anugerah PeKOMIK 2011:


Best One Page Cartoon: Jungle Jokes; Gila-Gila #714 by Jaafar Taib


Best Cartoon Series: B major D minor - Paradox Sectorum; Apo? #279 by Rambai


Best Comic Mini Series: The Universe Edited; Popcorn #8 by Baba Chuah


Best Comic Magazine: Popcorn; ArtSquare


Best Comic Strip in Newspaper: Panglima Hitam; Kosmo by Kromosom


Anugerah Berus Emas, Special Honour Award: Yamin Daud from Penerbitan Mediaseni


Best Publisher: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd


Best Amateur Comic: WIRES* by Faezal Muniran/Nele Bronner/Pier Gajewski


Best Colourist: Jayaputra (Hanya Satu; Berita Minggu)



Best International/Online Comic Artist: Chee Yang Ong (5 Days to Die; IDW)



Best Illustrator (Manual/Digital): Nizam Bachok (Ubat; Popcorn #6)


Best Cover: Twin-X #3 by Zool


Best Writer: Froggypapa (Aku Bola; Aku Kau & Bola #1)


Best New Comic: Ultra Qalif by Bophairy #AP2011


Best Comic Artist (Colour/B&W): Akmal Aziz (Saga)


Best Comic: Aku Bola; Aku, Kau & Bola #1 by Froggypapa

Sunday 10 April 2011

Proses Kreatif: Panduan Asas untuk Belajar Reka Bentuk Grafik


Belajar Teori dan Prinsip Asas Reka Bentuk Grafik

Reka bentuk grafik adalah seni terapan yang bertujuan untuk mencapai matlamat dalam reka bentuk/ komunikasi visual. Terdapat pelbagai-bagai teori dan kaedah-kaedha yang harus dipelajari dalam aktiviti reka bentuk grafik. Banyak nama-nama terkenal dalam dunia reka bentuk grafik menyarankan agar ilmu begini harus dipelajari. Antaranya yang paling utama adalah prinsip asas reka bentuk grafik.


Belajar Menggunakan Software

Setelah mengetahui prinsip asas dan teori reka bentuk grafik. Pelajaran seterusnya adalah bagaimana untuk menggunapakai ilmu tersebut. Terdapat pelbagai perisian reka bentuk grafik di pasaran. Antaranya adalah photoshop, Illustrator dan CorelDRAW. Gunakan mana-mana perisian yang sesuai dan cuba pelbagai perisian yang lainnya.


Jadilah Pengumpul

Jika sesebuah reka bentuk grafik sudah menjadi sebuah aktiviti yang serius. Maka, menjadi pengumpul kepada karya-karya reka bentuk grafik adalah yang paling baik. Kumpulkan karya-karya seperti itu dan jadikan inspirasi. Ikuti perkembangan dan info-info berguna di internet. Laman-laman sosial seperti Facebook juga boleh menjadi tapak untuk berinspirasi dan belajar.


Berlatih

Beri komitmen penuh untuk mempelajari reka bentuk grafik. Lakukan latihan berterusan. Tidak guna mempunyai pelbagai kemahiran dan ilmu dalan disiplin ini jika tidak beri ruang untuk berlatih.


Pemecah Masalah

Pereka grafik adalah pemecah masalah (problem solver). Permintaan dari pelanggan menjadi tanggungjawab pereka grafik untuk pecahkan masalah itu dalam bentuk idea-idea. Dari situ, komunikasi antara pelanggan dan pereka grafik amat diperlukan. Bermula dari hal berkenaan akan membolehkan pereka grafik mengasah kemampuan komunikasi, kemampuan mental, persembahan dan sebagainya.

Saturday 2 April 2011

Poster Filem Animasi


Up (2009)


Wall-E (2008)



Ratatouille (2007)


Ice Age - The Meltdown (2006)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...