Pages

Saturday, 26 March 2011

Proses Kreatif: Tip Kad Perniagaan


Kad perniagaan

Apa ada pada sekeping kad perniagaan? Soalan ini selalu terpancar dari minda. Kad perniagan merupakan salah satu alat pemasaran eksekutif daripada kempen pemasaran. Ia merupakan satu cara dimana kita dapat memperkenalkan perniagaan. Kad perniagaan memberi impak pertama kepada individu, audiens atau organisasi mengenai diri pemilik kad, organisasi dan perniagaan. Kad perniagan adalah langkah terbaik bagi sesiapa yang baru memulakan business.


Ciri-ciri kad perniagaan

1. Ciri pertama adalah saiz. Kad yang mesra pengguna adalah kad yang boleh di isi ke dalam dompet dan boleh dibawa kemana sahaja.
2. Kualiti kertas harus dipertimbangkan kerana kad berkenaan akan dirujuk pada bila-bila masa sahaja. Kad yang tahan lama akan memudahkan ia disimpan dalam tempoh yang panjang.
3. Menggunakan warna yang boleh menarik audiens dan maklumat pada kad jelas dan boleh dibaca.


Kandungan kad

1. Logo atau gambar. Gambar atau logo akan memberi lebih banyak kelebihan kepada kad perniagaan.
2. Maklumat peribadi dan perniagaan. Nama, alamat, perkhidmatan, no telefon, email dan sebagainya sebagai pengenalan kepada audiens. Tidak semua maklumat dipaparkan dalam sesebuah kad perniagaan.
3. Slogan dapat mempengaruhi bagaimana mereka mempercayai penyampaian kad tersebut (jika perlu).


Cara penggunaan

Bawa kad perniagaan ke mana jua anda pergi. Ajak audiens berkomunikasi sebelum menyerahkan kad kepada mereka. Mulakan dengan sapaan yang baik. Ucap terima kasih jika audiens memberikan kad perniagaan mereka. Lihat front dan back kad perniagaan dan tunjukkan minat dengan bertanya tentang perniagaan mereka.


Ini akan memberi kesan positif kepada pemilik kad. Mereka akan merasa gembira dengan tindakan anda. Kemudian ambil peluang anda untuk menghulurkan kad perniagaan anda pula. Cerita secara ringkas tentang perniagaan anda. Kemungkinan besar audiens mempunyai minat yang besar terhadap anda dan perniagaan anda. Jangan segan untuk meminta kad perniagaan dari orang lain.

Kad perniagaan blogger?

Seiring dengan kepesatan teknologi. Ramai yang mencuba menulis blog untuk tujuan komersial atau peribadi. Catatan atau imej yang dipaparkan amat berguna pada masyarakat . Oleh yang demikian mempromosikan blog anda juga amat berguna. Niche blog yang sesuai utuk kad perniagaan adalah;

1. Fotografi
2. Perkahwinan
3. Motivasi
4. Makanan
5. Politik dan sebagainya

Kesan kepada anda

Dengan kad perniagaan secara psikologinya akan membuat audiens memberi kepercayaan kepada anda.

Anda akan memperolehi lebih banyak ilmu dengan interaksi anda dan audieans yang menerima kad anada. Kerana pertukaran maklumat akan berlaku dalam prose situ.

Sesetengah audiens berasa malu dan segan untuk membeli produk anda. Maka mereka tentu akan menghubungi anda untuk mengetahui produk berkenaan. Maka anda akan menjadi pendengar yang baik dan memberi maklumat yang dapat menarik pelanggan kepada anda.

Tips tambahan

1. Manfaatkan depan dan belakang kad (front & back). Ia berpotensi untuk menarik lebih ramai pelanggan.
2. Pastikan menulis sesuatu yang rinkas, menarik dan unik pada kad anda.
3. Informasi yang senang dibaca dan tidak mengelirukan.
4. Kesan tambahan dengan memasukkan logo.
5. Berfikir diluar kotak. Hasilkan rekaan yang unik dan berbeza.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...