Pages

Tuesday 29 March 2011

Seni Reka Bentuk Visual: Kesan Ruang kepada Brand dan Rekaan

Ruang kosong atau white space adalah ruang atau space yang di dalamnya tidak mengandungi isi. Samada tulisan, warna yang menonjol, objek atau sebarang subjek yang menjadi focus mahupun perhatian.




Ruang kosong menyingkirkan elemen-elemen yang menyaratkan pada satu-satu rekaan visual. Space akan menstrukturkan elemen-elemen desain dan memberikan kesan yang nampak secara visual. Maka komunikasi secara visual mempunyai kesan yang berbeza pada luas ruang yang berbeza.

Secara psikologinya, lebih banyak ruang kosong menjadikan ia lebih ‘mahal’ dari segi kedudukan atau brand dalam target penjualan untuk golongan menengah ke atas. Ruang dengan posisi rapat dan menghimpit menimbulkan sangkaan “menjimatkan kos”. Ruang kosong sebenarnya akan menambah nilai pada sesebuah produk.

Desain ini menggunakan ruang dengan taipografi dan objek yang maksimum*,



Desain ini pula memberikan ruang selesa pada taipografi dan objek*,



Cuba anda perhatikan kedai dan butik di komplek membeli belah. Butik yang mempunyai brand popular biasanya dikunjungi pengguna berkelas tinggi, mempunyai produk yang minimum. Mereka menggunakan banyak ruang (display) kosong pada butik mereka. Ruang memberi peluang kepada pelanggan untuk focus kepada sesuatu produk. Malah mereka boleh bersantai-santai sambil mendengar muzik.



Sementara kedai-kedai yang biasanya dikunjungi oleh golongan menengah dan kebawah. Susun atur produk yang sarat dengan ruang (display) yang sempit. Kedai ini menawarkan produk semaksima yang mungkin. Brand tidak menjadi hal pada kelas menengah. Pengguna akan mengambil apa yang sempat dicapai dahulu.



Begitulah pentingnya menggunakan ruang kosong. Berikut merupakan kebaikan dalam mewujudkan ruang dalam desain;

1. Membentuk penegasan, focal point, dan membezakan elemen desain
2. Menentukan fokus terhadap suatu elemen desain
3. Membuat desain mudah dibaca
4. Membuat alur baca pada sebuah desain
5. Membuat desain lebih elegan
6. Membuat desain menjadi seimbang
7. Membuat desain berkomunikasi antara elemen-elemen didalamnya
8. Memposisikan target pembaca / audiens
9. Menambah nilai pada suatu desain
10. Menentukan target market sebuah brand
11. Menentukan posisi pada level desain tertentu
12. Ruang kosong akan membentuk kesederhanaan / simplicity

*foto mayspring diambil dari www.ahlidesain.com.

Saturday 26 March 2011

Proses Kreatif: Tip Kad Perniagaan


Kad perniagaan

Apa ada pada sekeping kad perniagaan? Soalan ini selalu terpancar dari minda. Kad perniagan merupakan salah satu alat pemasaran eksekutif daripada kempen pemasaran. Ia merupakan satu cara dimana kita dapat memperkenalkan perniagaan. Kad perniagaan memberi impak pertama kepada individu, audiens atau organisasi mengenai diri pemilik kad, organisasi dan perniagaan. Kad perniagan adalah langkah terbaik bagi sesiapa yang baru memulakan business.


Ciri-ciri kad perniagaan

1. Ciri pertama adalah saiz. Kad yang mesra pengguna adalah kad yang boleh di isi ke dalam dompet dan boleh dibawa kemana sahaja.
2. Kualiti kertas harus dipertimbangkan kerana kad berkenaan akan dirujuk pada bila-bila masa sahaja. Kad yang tahan lama akan memudahkan ia disimpan dalam tempoh yang panjang.
3. Menggunakan warna yang boleh menarik audiens dan maklumat pada kad jelas dan boleh dibaca.


Kandungan kad

1. Logo atau gambar. Gambar atau logo akan memberi lebih banyak kelebihan kepada kad perniagaan.
2. Maklumat peribadi dan perniagaan. Nama, alamat, perkhidmatan, no telefon, email dan sebagainya sebagai pengenalan kepada audiens. Tidak semua maklumat dipaparkan dalam sesebuah kad perniagaan.
3. Slogan dapat mempengaruhi bagaimana mereka mempercayai penyampaian kad tersebut (jika perlu).


Cara penggunaan

Bawa kad perniagaan ke mana jua anda pergi. Ajak audiens berkomunikasi sebelum menyerahkan kad kepada mereka. Mulakan dengan sapaan yang baik. Ucap terima kasih jika audiens memberikan kad perniagaan mereka. Lihat front dan back kad perniagaan dan tunjukkan minat dengan bertanya tentang perniagaan mereka.


Ini akan memberi kesan positif kepada pemilik kad. Mereka akan merasa gembira dengan tindakan anda. Kemudian ambil peluang anda untuk menghulurkan kad perniagaan anda pula. Cerita secara ringkas tentang perniagaan anda. Kemungkinan besar audiens mempunyai minat yang besar terhadap anda dan perniagaan anda. Jangan segan untuk meminta kad perniagaan dari orang lain.

Kad perniagaan blogger?

Seiring dengan kepesatan teknologi. Ramai yang mencuba menulis blog untuk tujuan komersial atau peribadi. Catatan atau imej yang dipaparkan amat berguna pada masyarakat . Oleh yang demikian mempromosikan blog anda juga amat berguna. Niche blog yang sesuai utuk kad perniagaan adalah;

1. Fotografi
2. Perkahwinan
3. Motivasi
4. Makanan
5. Politik dan sebagainya

Kesan kepada anda

Dengan kad perniagaan secara psikologinya akan membuat audiens memberi kepercayaan kepada anda.

Anda akan memperolehi lebih banyak ilmu dengan interaksi anda dan audieans yang menerima kad anada. Kerana pertukaran maklumat akan berlaku dalam prose situ.

Sesetengah audiens berasa malu dan segan untuk membeli produk anda. Maka mereka tentu akan menghubungi anda untuk mengetahui produk berkenaan. Maka anda akan menjadi pendengar yang baik dan memberi maklumat yang dapat menarik pelanggan kepada anda.

Tips tambahan

1. Manfaatkan depan dan belakang kad (front & back). Ia berpotensi untuk menarik lebih ramai pelanggan.
2. Pastikan menulis sesuatu yang rinkas, menarik dan unik pada kad anda.
3. Informasi yang senang dibaca dan tidak mengelirukan.
4. Kesan tambahan dengan memasukkan logo.
5. Berfikir diluar kotak. Hasilkan rekaan yang unik dan berbeza.

Thursday 24 March 2011

Seni Reka Bentuk Visual: Kualiti Fotografi




Seseorang photographer harus memiliki kemahiran dalam komposisi, pencahayaan dan aspek teknikal lain dalam fotografi. Seseorang pereka grafik juga wajib mempunyai kemahiran dalam memilih eleman-eleman visual untuk tujuan komunikasi visual.

Peminat-peminat burung tentunya ingin menatap fotografi unggas yang kualitinya terbaik. Pencinta alam semula jadi tentunya mahu melihat foto lanskap dan nature yang indah. Peminat dan penggiat kraf tangan tentunya mahukan foto-foto kraf tangan yang menarik dan mampu member inspirasi kepada kerja mereka.

Maka, seorang pereka grafik mempunyai tanggungjawab untuk menghidangkan kualiti foto terbaik kepada audiens. Baca catatan di bawah;

Tip Survival Penerbit: Mutu Foto Sangat Penting bagi Buku Resepi*

Kejayaan buku-buku resipi PTS dalam pasaran menyebabkan ada penerbit buku yang sedang memikirkan rancangan mahu ikut menceburi pasaran buku resipi.

Minat itu timbul apabila melihat bagaimana buku-buku resipi oleh nama-nama biasa, yakni bukan nama chef-chef selebriti, mendapat sambutan yang baik dari pembeli.

Salah satu faktor mengapa tidak banyak penerbit menceburi pasaran buku resipi adalah isu kualiti gambar.

Buku-buku resipi wajib menggunakan gambar-gambar yang bermutu tinggi. Ini bermakna, penerbit perlu mendapatkan perkhidmatan jurufoto profesional.

Bukanlah suatu perkara luar biasa apabila kedai-kedai buku besar menolak buku resipi yang mutu gambarnya tidak cukup bagus. Sebenarnya, ini adalah perkara yang biasa berlaku.

*catatan dan foto diambil daripada blog Puan Ainon Mohd (http://universitipts.com)

Sunday 20 March 2011

Proses Kreatif: Mode CMYK



CMYK

Dalam aktiviti printing, mengetahui beberapa keperluan yang harus dipatuhi sangat penting. Antaranya adalah pemilihan mode warna bagi membina dokumen untuk tujuan desain digital. Spesifikasi ini digunakan untuk pengiklanan, brochure, business card, dan pelbagai medium cetakan yang lainnya.

Kebiasaan yang kita tahu, mode warna RGB (merah, hijau, biru) digunakan dalam sesebuah hasil grafik. Mode RGB kebiasaanya digunakan untuk monitor komputer, kamera digital dan pengimbas. Namun, memulakan mode warna CMYK (cyan, magenta, kuning dan hitam) adalah yang terbaik. Pembungkusan produk, majalah, kad, dan material printing yang lain melibatkan mode CMYK. Ini kerana format CMYK akan lebih baik membantu dalam bagaimana desain itu akan dicetak nanti.

Dalam industri printing digital, format ini digunakan dalam semua aktiviti mencetak material seperti business card, brochure, banner dan sebagainya. Menjadi tanggungjawab designer untuk mengetahui hal-hal yang diperlukan oleh pihak pencetak. Jangan menyalahkan pihak pencetak jika sesebuah desain ditolak untuk proses percetakan.

Saturday 19 March 2011

Festival Inovasi Dan Kreativiti UTM 2011



PENGENALAN

Inovasi tercetus melalui pemikiran kreatif yang menjurus kepada proses penyelesaian sesuatu masalah. Inovasi dan kreativiti tidak semestinya melibatkan peralatan-peralatan mahal ataupun bergantung kepada cetusan idea daripada golongan profesional sahaja malahan ia boleh tercetus daripada sesiapa sahaja, pada bila-bila masa (Sumber: Oslo Manual).

Seiring dengan perisytiharan Tahun 2010 Sebagai Tahun Inovasi Malaysia, matlamat kerajaan dalam membudayakan inovasi perlu disokong melalui pelaksaan program-program berbentuk inovasi di peringkat sekolah, institusi awam, mahupun di peringkat universiti. Program-program yang menggalakkan inovasi dan kreativiti ternyata perlu diberi penekanan tidak hanya tertumpu kepada para pelajar, penyelidik, jurutera, mahupun saintis, malahan penglibatan masyarakat setempat umumnya dalam memberi impak positif kepada penghasilan produk-produk inovatif dan kreatif dalam usaha meningkatkan kualiti dan taraf hidup komuniti setempat..(baca seterusnya)

Art for Japan

Lagi beberapa hasil seni diusahakan bagi memberi sokongan dan bantuan kepada Jepun.

Leukocyt


TypCut


K-Dot


Steve Schiavello


Rob Dobi


Lebih banyak desain poster kemanusiaan untuk Jepun boleh dilihat dengan melayari http://abduzeedo.com/art-support-japan.

Friday 18 March 2011

Kreatif untuk Kemanusiaan

Siapa kata orang kreatif hanya tahu duduk mengadap komputer atau terperap dalam studio sahaja. Mereka juga sangat sensitive kepada isu-isu kemanusiaan. Penghasilan dan pencetakan karya-karya kreatif sudah biasa tersebar dalam dunia komunikasi visual dan multimedia. Buku, video klip, muzik, lukisan dan sebagainya banyak membantu dalam ruang lingkup berkenaan.


Signalnoise.com (James White), pereka grafik terkenal lulusan Nova Scotia Community College menghasilkan poster (gambar) yang berjudul Help Japan dimana keuntungannya akan disumbangkan kepada Canadian Red Cross bagi bantuan kemanusiaan terhadap Jepun. Ikuti tulisannya;

Help Japan Poster Available Now*

Since the first run of Help Japan posters quickly sold out earlier this week, I have had numerous emails in support of the cause and inquiries about when the poster will be printed for a second time. I am happy to announce that the poster is available once again in the new storefront.

The initial run of posters was a small compared to the immediate interest it received, something I could not have predicted when I launched the initiative in my small online store. But I would like to send a very warm thank-you to my friends at Merchline in Florida and Precision Atlantic here in Halifax. Without their immediate and generous efforts to help me out I could not have gotten more posters available to those interested in contributing to this cause. Nathan Murray at Merchline set me up with an excellent storefront with the capability of handling larger volumes of orders, and Tony Martin at Precision Atlantic for swiftly getting the posters printed on such incredibly short notice. This could not have happened without them.

Once again, all proceeds generated from sales of this poster will be donated to Japanese disaster relief following the 8.9 earthquake and tsunami of March 11. The first run of posters generated a donation of $7250.00 in 2 days which was donated to the Canadian Red Cross, and I would like to extend another huge thanks to those who stepped up and contributed to the cause.

*catatan diambil daripada blog James White (http://blog.signalnoise.com)

Singking of Japan?

Jepun merupakan antara negara yang kompetitif dalam industri reka bentuk di dunia. Ribuan produk dihasilkan setiap hari dan mendapat sambutan tinggi seluruh dunia. Selain itu negara matahari terbit itu menjadi peneraju kepada penghasilan kreativiti yang segar dan bermanfaat. Dari segi sejarah juga, Jepun cukup dikagumi dalam industri komunikasi visual dan multimedia.


Berikutan dengan itu Jepun telah menggubal banyak polisi bagi memajukan industri yang melibatkan reka bentuk. Ini bagi meneruskan survival dan menjadi ‘engine ekonomi’ dalam persaingan yang makin sengit antara negara-negara maju. Untuk menjadi pelopor kepada sesuatu industri reka bentuk. Bukan setakat reka bentuk itu sendiri yang diambil kira. Malah, persepsi ekonomi, teknikal, dan sosial juga dipertimbangkan. Jepun tidak putus-putus menghasilkan idea dan inovasi baru untuk manfaat manusia.

Pada 11 March 2011, Jepun dilanda gempa bumi besar dan tsunami pada skala 8.9 yang meragut ribuan nyawa dan mencetuskan kebimbangan penyebaran radiasi daripada loji nuclear yang meletup akibat gempa. Reuters memaparkan;

TOKYO, 11 Mac — Gempa bumi terburuk Jepun, pada skala 8.9 yang turut membawa tsunami 10 meter, mengorbankan beratus-ratus orang dan menghanyutkan rumah, kapal dan kereta di sebelah timur laut negara itu, petang ini.


Selain tsunami gempa bumi terburuk dalam 140 tahun ini turut menyebabkan kebakaran di kawasan industri.

Sehingga 300 mayat ditemui di bandar pantai Sendai, lapor media ketika sekitar 100 orang sudah disahkan mati.

Stesen televisyen NHK pula berkata kebanyakan mangsa terbunuh dipercayai lemas.Kadar kemusnahan di sepanjang pantai menunjukkan kadar kematian akan terus meningkat.Sebuah hotel di Sendai runtuh dan ada mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian itu.

..sebuah kapal yang membawa 100 orang dihanyutkan oleh tsunami.Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berhampiran loji tenaga nuklear di Fukushima, utara Tokyo, telah diminta berpindah ke kawasan lain tetapi kerajaan menegaskan tiada kebocoran radiasi.

Kerajaan berkata hanya sistem penyamanan reaktor tidak berfungsi.Loji-loji tenaga nuklear yang lain dan pusat penapisan minyak juga ditutup.Letupan besar di kompleks petrokimia di Miyagi juga dilaporkan oleh agensi berita Kyodo.Gempa bumi adalah perkembangan biasa di Jepun, salah satu kawasan yang aktif seismos.

Jepun merekodkan 20 peratus kejadian gempa bumi pada skala 6 atau lebih.Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata gempa bumi menyebabkan “kemusnahan besar” di bahagian timur laut Jepun.


Walau apapun yang berlaku, Jepun mempunyai keazaman dan kepakaran yang tinggi untuk terus bangun dari bencana tersebut. Industri reka bentuk Jepun juga tidak mungkin terhenti berikutan musibah berkenaan. Malah akan lebih banyak inovasi, produk, reka bentuk yang dijana dan dipelajari saat menghadapi dugaan tersebut.



Singking of Japan merupakan filem arahan Shinji Higuchi berdasarkan novel Sakyo Komatsu yang berjudul Nihon Chinbotsu. Filem ini mengisahkan mengenai ramalan bahawa Jepun bakal tenggelam berikutan pergerakan plat bumi di dasar lautan Pasifik. Menurut penceritaan, gelombang lautan dan gemba bumi besar telah meragut ribuan nyawa rakyat Jepun berikutan kejadian tersebut.

Menurut audiens, filem ini menjadi filem pertama Jepun yang mengunakan skala yang besar iaitu mengambil keseluruhan kepulauan Jepun sebagai prop dan juga penggunaan grafik janaan komputer (CGI) menjadikan filem ini paling maju di masa itu yang pernah dikeluarkan oleh pembikin filem Jepun.


Thursday 17 March 2011

Seni Reka Bentuk Visual: Sensitiviti


Merangsang audiens adalah unsur penting dalam sesuatu reka bentuk. Walau bagaimanapun tidaklah sampai menimbulkan keraguan dan unsur negatif dalam reka bentuk. Misalnya unsur-unsur yang boleh memberi kesan negatif pada agama dan budaya sesuatu kaum.

Oleh itu penting bagi mengetahui norma dan sensitiviti budaya serta agama sesebuah masyarkat. Pernah satu ketika dunia digemparkan dengan penyiaran karikatur penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Dari segi komunikasi visual, ternyata pelukis sengaja menghasilkan ilustrasi berkenaan dengan tujuan menghina pengganut dan agama Islam.

Tidak kurang hebat juga dengan kontroversi ‘pemutihan kulit’ Aishwarya Rai dalam cover majalah Elle terbitan Disember 2010. Berdasarkan gambar yang dicerahkan secara digital itu. Peminat serta aktres itu sendiri mendakwa majalah berkenaan mengamalkan unsur perkauman. Adakah ianya berpunca dari satu teknik pencahayaan fotografi atau teknik editing digital? Para pendokong media cetak harus mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Ikuti artikel di bawah ini;


Aishwarya Rai berkulit putih?*


Peminat Aishwarya Rai Bachchan terkejut apabila mendapati aktres itu kelihatan putih berseri di kulit muka depan majalah Elle terbitan minggu lalu.

Gambar berkenaan dipercayai sudah dicerahkan secara digital.


Kerana malu, bintang Bollywood berusia 37 tahun yang dipercayai wanita tercantik di dunia itu berkata, dia menimbang untuk menyaman majalah Elle edisi India atas alasan mengamalkan unsur perkauman. Aktres itu tidak memberi sebarang alasan mengenai isu itu tetapi rakan rapat pelakon Bride and Prejudice itu memberitahu Aishwarya berang apabila mengetahui hal berkenaan.

“Reaksi pertama Aishwarya ketika mendapat tahu mengenai hal itu ialah dia seolah-olah dia tidak percaya kejadian seumpama itu boleh berlaku,” kata seorang rakan rapatnya. “Dia percaya perkara seperti itu tidak wujud lagi masa kini kerana baginya wanita diiktiraf disebabkan keupayaan mereka dan bukan kerana warna kulit mereka. Dia masih belum dapat mengesahkan kulit wajahnya dicerahkan majalah berkenaan tetapi sekiranya ada bukti yang dapat menyokong hal itu, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” kata rakannya itu lagi. “Wajah Aishwarya jelas sekali mewakili wajah wanita India masa kini. Perkara terakhir yang mungkin dia inginkan ialah supaya wajahnya berubah menjadi putih,” kata seorang lagi rakannya.


Wakil majalah Elle mahupun Aishwarya tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut. Aktres yang juga bekas Ratu Dunia dan isteri pelakon Abhishek Bachchan itu dinasihatkan bapanya supaya memikirkan mengenai isu itu secara mendalam. Peminat Aishwarya adalah mereka yang pertama sekali menyedari kulit pelakon itu kelihatan lebih cerah daripada biasa dan terus menyuarakan keprihatinan di laman sosial Twitter. Seorang peminat berkata: “Ia menyakitkan hati kerana seolah-olah hanya mereka yang berkulit cerah saja dikaitkan dengan fesyen sementara mereka yang berkulit gelap tidak digemari.” Ini bukan kali pertama majalah Elle mencetuskan kemarahan orang ramai kerana sebelum ini majalah sama edisi Amerika Syarikat turut menerima nasib serupa.

Pada September lalu, aktres berkulit hitam, Gabourey Sidibe yang muncul untuk kulit muka depan juga tampil dengan wajah lebih cerah. Elle mendakwa pihaknya tidak mengubah warna kulit Gabourey sepertimana wajah peragawati lain yang turut muncul bersamanya dalam sesi fotografi itu. Ketua Editor Elle, Robbie Myers menolak dakwaan bahawa majalah itu berunsur perkauman dengan menjelaskan: “Ketika sesi fotografi di studio, penggunaan lampunya berbeza dengan lampu yang digunakan jurugambar dalam acara karpet merah.” Pencerahan wajah menjadi isu kontroversi di India dan mereka yang berkulit lebih cerah biasanya dianggap lebih berjaya serta kaya.

*artikel dipetik daripada www.hmetro.com.my


Seni Reka Bentuk Visual: Unsur Negatif, Positif dan Daya Tarikan

Media cetak adalah media yang paling popular digunan dalam komunikasi visual. Media ini akan merancang pakejing, mereka produk, mengiklankan barangan dan maklumat. Pereka bentuk bukan sekadar perlu berkemahiran dalam bidang grafik terutamanya dari segi reka letak, menyusun huruf dan meletakkan imej yang sesuai.

Malah pandai membaca psikologi audiens bagi menarik mereka kepada sesuatu produk. Elemen visual yang digunakan dalam reka bentuk grafik terdapat dalam pelbagai bentuk. Berhati-hatilah supaya unsur pictorial atau grafik yang digunakan tidak mengelirukan audiens.



Kepentingan membuat kajian sebelum menghasilkan sesuatu rekaan sangat penting. Misalnya unsur-unsur yang boleh memberi kesan negatif pada kaca mata audiens. Ikuti catatan Pn. Ainon yang ringkas dan padat di bawah ini;

Memilih Ikon untuk Desain Kover Buku*

Desain kulit buku adalah faktor yang sangat penting peranannya bagi menghasilkan kaver yang mempunyai nilai daya tarikan tinggi kepada mata bakal pembeli buku.
Salah satu faktor mengapa buku tidak laku adalah ikon-ikon yang digunakan pada desain kaver buku itu salah pilih.

Ada ikon-ikon yang mempunyai daya tarikan tinggi, manakala ada ikon-ikon yang tiada mempunyai daya tarikan langsung.

Sesetengah ikon dikaitkan dengan benda-benda lain yang tidak menarik. Sebagai contoh, ikon tong sampah sentiasa dikaitkan dengan benda-benda busuk, kotor dan barang buangan. Justeru ikon tong sampah hanya sesuai digunakan untuk poster kempen kebersihan.

Contoh ikon yang mencipta kesan negatif terhadap daya tarikan kaver buku:
Penyapu
Kerbau
Topi keledar
Gari
Bakul pasar
Kasut buruk
Perangkap tikus
Mesin basuh

*catatan ini diambil daripada blog Puan Ainon Mohd (http://universitipts.com)

Wednesday 16 March 2011

Seni Reka Bentuk Visual: "don't judge a book by its cover?"

Merangsangkan audian adalah unsur penting dalam sesuatu reka bentuk. Dalam dunia perbukuan, cover memberikan peranan penting kepada rangsangan berkenaan. frasa "don't judge a book by its cover" secara tersuratnya mungkin boleh dinilai semula oleh pereka grafik, penulis dan penerbit. Ikuti catatan Pn. Ainon di bawah ini;

Seni Pakejing Buku-Buku Agama Bagi Memikat Pembaca Remaja*



Menyampaikan maklumat agama kepada remaja adalah wajib.

Namun remaja tidak mahu mendengar ceramah agama, melainkan dipaksa oleh orang dewasa. Jika diberi pilihan mereka mahu pergi ke stadium menyaksikan concert muzik ataupun bola sepak.

Mereka juga tidak menggunakan wang poket sekolah mereka bagi membeli buku-buku agama. Paling atas sekali, mereka membeli topap untuk hanfon mereka.

Jika ada wang lebihan, remaja perempuan membeli novel-novel pengarang idola mereka seperti Ain Maisarah dan Farihah Iskandar. Remaja lelaki pula membeli komik.

Penerbit perlu mencari pelbagai punca mengapa dalam kalangan remaja yang memang suka membaca sekalipun, mereka tidak suka membaca buku-buku agama, dan kemudian mencari jalan bagi mengatasi punca-punca itu.

Buku Ku Dambakan Cintamu ya Rasulullah adalah contoh daya usaha PTS bagi menghasilkan kaver buku agama yang berpotensi dapat memikat mata dan hati remaja supaya mahu membacanya.

Buku ini bukan buku kreatif, namun kavernya mempunyai interteks yang tinggi dengan kaver buku kreatif.

*catatan ini diambil daripada blog Puan Ainon Mohd (http://universitipts.com)

begdesain bermula

begdesain mempunyai kepercayaan bahawa penghasilan kreatif yang bermanfaat sangat diperlukan samada untuk tujuan komersial atau non-komersial. Ia merupakan inovasi daripada proses perancangan idea berdasarkan gambar, teks, simbol-simbol dan sebagainya dalam sesebuah komunikasi visual. Melaluinya, sesuatu maklumat dan mesej boleh disampaikan secara efektif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...