Pages

Thursday, 17 March 2011

Seni Reka Bentuk Visual: Sensitiviti


Merangsang audiens adalah unsur penting dalam sesuatu reka bentuk. Walau bagaimanapun tidaklah sampai menimbulkan keraguan dan unsur negatif dalam reka bentuk. Misalnya unsur-unsur yang boleh memberi kesan negatif pada agama dan budaya sesuatu kaum.

Oleh itu penting bagi mengetahui norma dan sensitiviti budaya serta agama sesebuah masyarkat. Pernah satu ketika dunia digemparkan dengan penyiaran karikatur penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Dari segi komunikasi visual, ternyata pelukis sengaja menghasilkan ilustrasi berkenaan dengan tujuan menghina pengganut dan agama Islam.

Tidak kurang hebat juga dengan kontroversi ‘pemutihan kulit’ Aishwarya Rai dalam cover majalah Elle terbitan Disember 2010. Berdasarkan gambar yang dicerahkan secara digital itu. Peminat serta aktres itu sendiri mendakwa majalah berkenaan mengamalkan unsur perkauman. Adakah ianya berpunca dari satu teknik pencahayaan fotografi atau teknik editing digital? Para pendokong media cetak harus mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Ikuti artikel di bawah ini;


Aishwarya Rai berkulit putih?*


Peminat Aishwarya Rai Bachchan terkejut apabila mendapati aktres itu kelihatan putih berseri di kulit muka depan majalah Elle terbitan minggu lalu.

Gambar berkenaan dipercayai sudah dicerahkan secara digital.


Kerana malu, bintang Bollywood berusia 37 tahun yang dipercayai wanita tercantik di dunia itu berkata, dia menimbang untuk menyaman majalah Elle edisi India atas alasan mengamalkan unsur perkauman. Aktres itu tidak memberi sebarang alasan mengenai isu itu tetapi rakan rapat pelakon Bride and Prejudice itu memberitahu Aishwarya berang apabila mengetahui hal berkenaan.

“Reaksi pertama Aishwarya ketika mendapat tahu mengenai hal itu ialah dia seolah-olah dia tidak percaya kejadian seumpama itu boleh berlaku,” kata seorang rakan rapatnya. “Dia percaya perkara seperti itu tidak wujud lagi masa kini kerana baginya wanita diiktiraf disebabkan keupayaan mereka dan bukan kerana warna kulit mereka. Dia masih belum dapat mengesahkan kulit wajahnya dicerahkan majalah berkenaan tetapi sekiranya ada bukti yang dapat menyokong hal itu, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” kata rakannya itu lagi. “Wajah Aishwarya jelas sekali mewakili wajah wanita India masa kini. Perkara terakhir yang mungkin dia inginkan ialah supaya wajahnya berubah menjadi putih,” kata seorang lagi rakannya.


Wakil majalah Elle mahupun Aishwarya tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut. Aktres yang juga bekas Ratu Dunia dan isteri pelakon Abhishek Bachchan itu dinasihatkan bapanya supaya memikirkan mengenai isu itu secara mendalam. Peminat Aishwarya adalah mereka yang pertama sekali menyedari kulit pelakon itu kelihatan lebih cerah daripada biasa dan terus menyuarakan keprihatinan di laman sosial Twitter. Seorang peminat berkata: “Ia menyakitkan hati kerana seolah-olah hanya mereka yang berkulit cerah saja dikaitkan dengan fesyen sementara mereka yang berkulit gelap tidak digemari.” Ini bukan kali pertama majalah Elle mencetuskan kemarahan orang ramai kerana sebelum ini majalah sama edisi Amerika Syarikat turut menerima nasib serupa.

Pada September lalu, aktres berkulit hitam, Gabourey Sidibe yang muncul untuk kulit muka depan juga tampil dengan wajah lebih cerah. Elle mendakwa pihaknya tidak mengubah warna kulit Gabourey sepertimana wajah peragawati lain yang turut muncul bersamanya dalam sesi fotografi itu. Ketua Editor Elle, Robbie Myers menolak dakwaan bahawa majalah itu berunsur perkauman dengan menjelaskan: “Ketika sesi fotografi di studio, penggunaan lampunya berbeza dengan lampu yang digunakan jurugambar dalam acara karpet merah.” Pencerahan wajah menjadi isu kontroversi di India dan mereka yang berkulit lebih cerah biasanya dianggap lebih berjaya serta kaya.

*artikel dipetik daripada www.hmetro.com.my


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...