Pages

Friday, 18 March 2011

Singking of Japan?

Jepun merupakan antara negara yang kompetitif dalam industri reka bentuk di dunia. Ribuan produk dihasilkan setiap hari dan mendapat sambutan tinggi seluruh dunia. Selain itu negara matahari terbit itu menjadi peneraju kepada penghasilan kreativiti yang segar dan bermanfaat. Dari segi sejarah juga, Jepun cukup dikagumi dalam industri komunikasi visual dan multimedia.


Berikutan dengan itu Jepun telah menggubal banyak polisi bagi memajukan industri yang melibatkan reka bentuk. Ini bagi meneruskan survival dan menjadi ‘engine ekonomi’ dalam persaingan yang makin sengit antara negara-negara maju. Untuk menjadi pelopor kepada sesuatu industri reka bentuk. Bukan setakat reka bentuk itu sendiri yang diambil kira. Malah, persepsi ekonomi, teknikal, dan sosial juga dipertimbangkan. Jepun tidak putus-putus menghasilkan idea dan inovasi baru untuk manfaat manusia.

Pada 11 March 2011, Jepun dilanda gempa bumi besar dan tsunami pada skala 8.9 yang meragut ribuan nyawa dan mencetuskan kebimbangan penyebaran radiasi daripada loji nuclear yang meletup akibat gempa. Reuters memaparkan;

TOKYO, 11 Mac — Gempa bumi terburuk Jepun, pada skala 8.9 yang turut membawa tsunami 10 meter, mengorbankan beratus-ratus orang dan menghanyutkan rumah, kapal dan kereta di sebelah timur laut negara itu, petang ini.


Selain tsunami gempa bumi terburuk dalam 140 tahun ini turut menyebabkan kebakaran di kawasan industri.

Sehingga 300 mayat ditemui di bandar pantai Sendai, lapor media ketika sekitar 100 orang sudah disahkan mati.

Stesen televisyen NHK pula berkata kebanyakan mangsa terbunuh dipercayai lemas.Kadar kemusnahan di sepanjang pantai menunjukkan kadar kematian akan terus meningkat.Sebuah hotel di Sendai runtuh dan ada mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian itu.

..sebuah kapal yang membawa 100 orang dihanyutkan oleh tsunami.Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berhampiran loji tenaga nuklear di Fukushima, utara Tokyo, telah diminta berpindah ke kawasan lain tetapi kerajaan menegaskan tiada kebocoran radiasi.

Kerajaan berkata hanya sistem penyamanan reaktor tidak berfungsi.Loji-loji tenaga nuklear yang lain dan pusat penapisan minyak juga ditutup.Letupan besar di kompleks petrokimia di Miyagi juga dilaporkan oleh agensi berita Kyodo.Gempa bumi adalah perkembangan biasa di Jepun, salah satu kawasan yang aktif seismos.

Jepun merekodkan 20 peratus kejadian gempa bumi pada skala 6 atau lebih.Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata gempa bumi menyebabkan “kemusnahan besar” di bahagian timur laut Jepun.


Walau apapun yang berlaku, Jepun mempunyai keazaman dan kepakaran yang tinggi untuk terus bangun dari bencana tersebut. Industri reka bentuk Jepun juga tidak mungkin terhenti berikutan musibah berkenaan. Malah akan lebih banyak inovasi, produk, reka bentuk yang dijana dan dipelajari saat menghadapi dugaan tersebut.



Singking of Japan merupakan filem arahan Shinji Higuchi berdasarkan novel Sakyo Komatsu yang berjudul Nihon Chinbotsu. Filem ini mengisahkan mengenai ramalan bahawa Jepun bakal tenggelam berikutan pergerakan plat bumi di dasar lautan Pasifik. Menurut penceritaan, gelombang lautan dan gemba bumi besar telah meragut ribuan nyawa rakyat Jepun berikutan kejadian tersebut.

Menurut audiens, filem ini menjadi filem pertama Jepun yang mengunakan skala yang besar iaitu mengambil keseluruhan kepulauan Jepun sebagai prop dan juga penggunaan grafik janaan komputer (CGI) menjadikan filem ini paling maju di masa itu yang pernah dikeluarkan oleh pembikin filem Jepun.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...